Sunday, January 24, 2010

Tokonang Den (12) - Warkah 1

Abah,

Terlebih dahulu anakanda mohon maaf kerana lambat mengirim berita. Semoga abah dan emak dan keluarga di Seremban sentiasa berada dalam keadaan sehat walafiat hendaknya. Baru empat hari berada di sini anakanda sudah rasakan bagai setahun. Janganlah abah dan mak bimbang. Anakanda sihat di sini, InsyaAllah berkat doa abah dan mak.


Anakanda dan anak Chikgu Siraj seronok sangat kerana dapat berjumpa dengan rakan lama yang pernah belajar sama di Sekolah Kebangsaan Rahang. Namanya Omar Abdullah. Dia pun belajar di Sekolah Rahang tapi setakat darjah 3 saja sebelum berpindah ke Mantin. Ayah Omar adalah saorang anggota polis. Masuk Omar, maknanya ada 3 oranglah bekas murid Chikgu Bidin yang dapat masuk keasrama penuh!. Tentu Chikgu Bidin suka kalau dia tahu!. Anakanda, Omar dan dan anak cikgu Siraj tinggal satu dorm, dorm 4. Belum berapa kenal dengan rakan satu dorm lain. Yang duduk didepan katil anakanda budak dari Perlis. Nama dia Ridzuan Jusuh. Katanya dari Mata Ayak!. Kecil je orangnya tapi nampak sirius dan garang. Yang sebelahnya dari Bukit Ibam, Pahang. Anakanda anggok je tapi entah mana anakanda tak tahu. Namanya Bustamam bin Mahmud. Yang lain anakanda belum lagi kenal, belum berani nak tegur. Perlahan-lahan lah kot, lama lagi akan berada disini. Alah, baru hari keempat!


Anakanda dan anak cikgu Siraj dimasukkan kedalam kelas Remove B. Omar masuk kelas Remove A. Kelas kami tidaklah jauh sangat daripada asrama. Alah, dah biasa! Di Seremban lagi jauh berjalan kaki kesekolah berbanding disini. Anakanda kesekolah berlenggang Mak Limah je!. Buku-buku semuanya simpan dikelas dan tak perlu dibawa balik! Anakanda cuak lah abah. Takut. Budak-budak lain nampak pandai-pandai belaka. Walau bagaimanapun kelas belum lagi bermula. Minggu depan kot!


Semalam, anakanda tidak berapa dapat tidor. Salah satu sebab kerana teringatkan abah, emak dan keluarga di Seremban. Dan sebab lagi satu kerana ada sorang budak yang satu dorm dengan anakanda, asyik menangis hendak balik kerumah. Puas prefek dan budak-budak dalam dorm memujuk. Anakanda belum berapa kenal dengan budak tu tapi ikut kata Omar budak tu dari Perlis. Jauh tu kalau nak dihantar balik! Tentu banyak pakai duit! Tentu mahal tambang teksinyakan bah!. Mana jauh, Ipoh ke Seremban ke atau Ipoh ke Perlis?. Anakanda agak mesti dia ni anak bongsu! manja betul!. Puas kita orang pujuk.

Kalau abah perasan, disekolah ni, semua pakai loceng!. Hendak ke kelas dibunyikan loceng. Nak makan dibunyikan loceng, nak masuk dewan makan pun pakai loceng. Makan disini tak best. Kami dimestikan bawa dan pakai sudu dan garpu di dewan makan. Setiap kali menyuap makanan, anakanda akan teringatkan emak. Teringatkan masakan lemak cili api, sambal tumis petai dan gulai tempoyak. Lebih-lebih lagi anakanda teringatkan set sudu garpu tembaga emak yang dah kurang sepasang. Anakanda paham bila emak keberatan untuk membeli set sudu garpu. yang baru. Buat apa membazir! Cuma kena ingat pesanan emak supaya rajin 'polish' sudu tembaga ni sebab sudu tembaga cepat karat!.


Entah apa yang tukang masak ini masak anakanda tak tahu. Daging rendangnya entah apa rasa! Warnanya pun semacam., warna unggu. Tak selera nak makan. Ikan yang dihidang pun entah dari jenis apa! tak pernah tengok sebelum ini. Budak-budak sini memanggilnya anaconda. Tapi nasi lemak dan nasi gorengnya boleh tahan.


Seperti yang abah nasihatkan, anakanda akan jimat berbelanja. Rasanya duit $15 tak banyak dipakai kerana semua dibekalkan, kecuali pen dan pensil. Yang anakanda bawak dari rumah dah ada, tak payah beli lain. Rasanya cukup kerana anakanda hanya pakai buat belanja rehat sebanyak 20 sen sehari. Kunci almari tu nanti anakanda akan usaha dapatkan.


Anakanda terpaksa berhenti sekarang. Waktu prep dah nak habis. Anakanda akan menulis lagi, sekerap mungkin. Hingga dilain lembaran, salam rindu dari anakanda buat emak dan keluarga di Seremban.


Salam dari anakanda yang jauh.


p.s.


Beritahu ayai supaya jaga raket badminton tu baik-baik. Jangan gesek kat lantai.

9 comments:

  1. dear jabar,
    Terharu sungguh aku baru dapat tau rahsia hang
    selepas mcm ni punya lama. walau mcmana pun kalau dikenangkan balik cerita lama tu seronok gak. Bustaman tu memang budak pahang tapi yang dari bukit ibam tu aku seorang je.Aku tak berapa ingat dia dari daerah mana either mentakab atau kuala lipis. kalau Bustaman baca mungkin dia boleh perbetui sikit.Aku suka dok tengok rambut dia yang terpacak tu. La ni mungkin hansem lagi kot.

    ReplyDelete
  2. Mat,
    Bustamam dari Ulu Tembeling kot. Aku pun dah naik confuse! Anyway, saja aku ceritakan untuk kenangkan cerita-cerita lama.. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat ber@$%n!

    ReplyDelete
  3. Dear Jabar,

    Cum to think of it , the only communication bettween us and pa and ma at home was the good ole letter. How things have change. I was in dorm 2 with Arwah kutik, Kamaruzzaman, Ramlan , Bone and more . Sigh....Nasi lemak Kak Melah was downstairs

    ReplyDelete
  4. Masa aku Remove, aku tak ingat Dorm mana(mungkin Dorm 1, kot?) - yang aku ingat dorm mate aku termasuk Halim Daud - katil kita berseberangan (lower bunks) sebelum pintu masuk ke Dorm sebelah. Lain-lain tak berapa dapat nak flash-back. Fasal keeping in touch with parents memanglah only surat yang menjadi medium nya. Aku pernah dapat surat dari my standard six classmate (awek) - siap antar gambar... tapi tak jadi apa pon... tak sampai masuk form one dah berenti tulis.... lepas tu aku introduce kan Stopa kat kawan dia.. adalah kejap Stopa ber pen-friend dgn dia....nama? fuuuh aku tak pernah ingat pon... banayk lagi cerita-cerita pasal surat-menyurat ni... dulu aku simpan semua surat@ yang aku terima... darai Abah, Emak, Kak Long, Mak Cik, classmates darjah enam, Cikgu Sekolah Rendah... aku ada collection padat satu shoe box (Fung Keong) sampai aku Form Three...tapi nasib tak dapat simpan sebab pada satu masa cuti sekolah (aku bawak khazanah balih rumah arwah Nenek) rumah kampunf Nenek naik air kerana hujan lebat... my shoe box full of letters hanyut dibawa air deras...tak dapat nak selamatkan....kalau tidak ada juga bahan-bahan aku nak tulis...tentu satu buku....sekarang anak-anak kita mana ada budaya tulis surat...suma nye sms.... messages yang selalu aku terima masa anak aku kat STAR adalah "Bah, tolong bank-in BSN, balance Abg dah nak kosong..." atau, "Bah tolong top-up Hotlink, credit dah abis..." atau, "pesan Mama kalau datang hujung minggu ni bawa laundry Abang..." - sound familiar?....

    ReplyDelete
  5. Dear Oma,

    We used to have pals from around the globe, Finland, Germany and Israel even. Nowadays they talk to their pals around the globe realtime. Whats next?

    ReplyDelete
  6. Yes MM, I used to have a pen friend from Iceland!. Her name is Helga Wilshemdottir. We kept pen-pal-ing for some time. Up to when I was in Form Five ('73). Then I went to ITM, I lost contact with her. Many, many, many years later i.e., in 1991 I attended a Management Programme at PennState University, Pennsylvania and one of the participants was from Iceland, Bjarni Gunarsson. I enquired from him if ever by chance he has heard of the name "Wilhemsdottir" and to my amazement Bjarni said that it was a very well-known respectable family and in fact he knew of Helga who was at that time (1991) managing a company in Redjavick. But it reamined at that - I never pursued to reactivate the friendship. Never bothered. Yeah.. our kids nowadays..they communicate with their friends "ahead of time", sometimes. Apa pulak dak? imagine communicating on-line with a friend in the USA whose local time is 16 hours behind KL....

    ReplyDelete
  7. To son of dulla, it has been very quiet since your last posting on 24/01/10. Even comments from members/followers have been luke warm. For your information, on Friday 12th Feb 10 I made a business visit to Pasir Gudang. It was a very nice surprise that both Muhammed Salleh and Omar Abdullah took time off in the afternoon just to meet and entertain me to a few rounds of refreshments near Masai City. I must apologize to Rostam for not informing him earlier that I was going south that day as I believe he would surely have joined me had he known. Well, we did catch up on a lot of things since our last re-union. By the way, if we want to have another weekend reunion in Ipoh, please take note that the STAR Sports day will be on Saturday 6th March 2010. I heard that some special events for old boys are being organized at the sports meet. Well, we can arrange to leave Fri afternoon and return South on Sun 7th. I will most likely go because I have offered myself to be one of the House Mentors for Yellow. Well, Rostam, Jabar, Mat & Omar - waht say you?. I believe Roslan, Wan Husin & Wan Zain will arrange a golf game on Fri.

    Regards,
    omasuha.

    ReplyDelete
  8. Omar and guys,

    My thousand apologies. Been busy nowadays with work - RMke10 and all that stuffs. Shall try and update the blog as frequent as possible. As a matter of fact, when I met Che Chop Mohamad yesterday, he recognised me straight away!, thanks to 'myseventythree'! Even Che Chop has been keeping in touch and been reading the blog!
    Anyway I was fully aware of that visit to Tiger Lane on 6 Mac 2010 - the school sports day. Was told about it by Rostam. Most probably will be going together with Rostam and Muhammad Saleh as well as Omar (according to the plan). Let us give the needy support and encouragement, especially to 'CS'and Fathil Sharif - after all the hardwork that they had put in to make this year SD a successful one. Hope Mail Don and the gang up north will travel down as well!.

    ReplyDelete
  9. Dear Omasuha,
    It was nice to have you here in JB. Myself and Omar were delighted to have you around. Anytime bro just let us know. Plan hang untuk pi Ipoh sound good and i think Omar Dollah will agree. Anyway will keep you and Jabar posted. I spoke to Lan Chik recently and he seemed interested. Will confirm soonest.

    ReplyDelete