Thursday, November 12, 2009

Al-kisah

Almaklum, maka diperkenan Allah SWT akan kemenangan pertandingan sepakbola akhir dinamakan Piala Malaysia (baca betul-betul .., Piala Malaysia , bukan Piala 1Malaysia) kepada Negeri Sembilan (dahulunya 10 negeri kesemuanya dan terpaksa ditolak satu atas keluarnya Naning) keatas Kelantan, negeri lahirnya Che Siti Wan Kembang. Akan keputusannya, telah dicakap-cakapkan orang seluruh alam semenanjung sampai Sabah dan Sarawak, disumbat dan dimasukkan bola kedalam gol adapun tiga berbalas satunya jua.

Alkisah dijadikan iktibar dan dibuatkanlah postmortem akan 'tiada dapat menjulangnya Piala tersebut' oleh pengurusannya pasokan Che Siti Wan Kembang. Arakian diberitakan bahawa 'tiada dapat menjulangnya Piala tersebut' adalah disebabkan kesalahan strategi serta kegagalan untuk mendengar sesuatu berita dengan teliti dan tidak secara membuta tulinya jua.

Al-kisah diceritakan orang sayugia telah diarahkan oleh mereka yang terlibat dalam pengurusan pasokan Che Siti Nurhaliza Yang Tembam, oops.., silap pasokan Che Siti Wan Kembang supaya mencari ide untuk mengalahkan pasokan Negeri Sepuloh tertolak Satunya itu.

Maka telah diadakan sepuloh kali tolak satu sesi 'braintorming' (yang lazimnya selepas 'storm' kesemuanya tiada 'brain' lagi itu) maka mendapat idelah mereka-mereka itu, cara bagaimana hendak mengalahkan Negeri Sepuloh ditolak Satu dalam pertandingan akhir Piala Malaysia (bukan Piala 1Malaysia). Bersepakat dan bersetujulah kesemua yang hadir wei untuk menghantar sepai-sepai kegerai Tomyam yang gemar dan galak dikunjungi oleh pemain-pemain sepakbola Negeri Sepuloh ditolak Satu.

Bayaklah laporan yang dihantar kepada HQ di KB, mahupun secara email, sms dan telepon bimbit dan telepon biasa. Kesemua laporan dikaji dan diperhalusi dan dibentangkan untuk diperbincangan. Sah dan sahih berdasarkan laporan bahawa Negeri Sepuloh ditolak Satu akan memakai taktik 'sorang-sorang'. Wow!!

Maka dikerah otak dan tenaga juga tulang empatnya kerat oleh jurulatih dan juruletih Negeri Che Siti Wan Kembang bagaimana hendak counter tektik 'man-to-man marking' yang akan diemploy oleh Negeri Sepuloh ditolak Satu nanti. Maka berlatih dan bertambah letihlah pemain-pemain negeri Che Siti Wan Kembang, berusaha sunggoh-sunggoh, untuk memenangi Piala Malaysia (baca betul-betul., bukan Piala 1Malaysia).

Maka dihari yang dinantikan, bermulalah pertandingan. Berdentumlah stadium dengan pukulan kompang dan mercun yang didentumkan. Berkibarlah bendera masing-masing, bersepailah air botol mineral, hiruk dan pikuk serta bertambahlah bingar dan panasnya keadaan di dalam Stadium Bukit Jalil.

Setelah permainan dimulakan, lama kelamaan, ajaiblah dan hairanlah serta bingunglah pihak pengurusan apatah lagi juruletih dan pemaian negeri Che Siti Wan Kembang, bahawa tektik yang dibawa oleh Negeri Sepuloh ditolak Satu bukanlah 'sorang-sorang' (one-to-one atau man-to-man marking) seperti yang dijangkakan tetapi Negeri Sepuloh ditolak Satu menggunakan taktik sorang! sorang! (serang!... serang!!).

Al-kisahnya.. maka tersumbatlah bola kedalam gawang gol tiga kali berbalas satunya jua.

19 comments:

  1. Al kisah, ditambah jua akan berita bedah selepas ajal ("post-motem" lah tuuu!) bahawa terma "SORANG-SORANG" yang dimaksudkan "serang-serang" telah disalah utus kepada Juru Letih pasokan Cik Siti Wan Apa-Apa Lah dengan sebutan "SOGHE-SOGHE". Sebagai sedia maklum diseluruh antero bahawa Juru Letih Pasokan Cik Siti bukanlah seorang yang pasih dalam bahasa melayu, apatah lagi dengan lorat dan kolokial (apa terma BM perktaan ni ha?) yang digunakan di seluruh pelusuk alam negeri Cik Siti.

    Maka Juru Letih Encik Setia Na-dei pun bukalah kamus dewan dan terjumpa perkataan "sore" yang diterjemahkan bermakna petang. Maka besiap sedialah si Setia Na-dei dengan strategi-strategi dan taklik-taktik terperinci untuk bermain habis-habisan dan menyediakan keseluruh skuad pasokan nya dengan persiapan untuk bermain waktu "petang-petang", iaitu ditaksirkan diantara waktu lewat asar menjelang nak masuk maghrib. Ini telah diperhebahkan keseluruh pelusuk negeri Cik Siti. Dipendekkan cerita, seluruh para-pemain dan seluruh para penyokong termasuk pemain nobat, nafiri dan kumpulan semboyan (yang bawa bahan letupan) telah bersiap-sedia untuk "top-form" pda masa pukul 5.15 petang ke pukul 7.00 petang, ia-itu waktu "petang-petang" atau "sore-sore" yang disalah-terjemahkan dari "soghe-soghe" yang asal-nya "sorang-sorang" yang intentnya adalah "serang-serang". Hmmm, komplikated jugak kan?.

    Jadi, pada pukul 4.00ptg, penuhlah sudah stadium dengan puluhan ribu rakyat jajahan negeri Cik Siti dan seluruh pemain pasokan pun telah warmed-up bagi mencapai tahap "peak performance" untuk jangkamasa pukul 5.15 - 7.00 petang-petang. Waduh..macam mana nak tamatkan cerita ni? .....

    Oh ya, oleh kerana perlawanan sebenarnya bermula selepas azan isha'a maka segala persiapan, strategi dan taktik yang telah diatur oleh Juru Letih Setia Na-dei telah tidak menjadi kerana sejak pukul 7.00 malam pemai-pemain semuanya telah warmed-down dan "off-form" itu sebab semua pergerakan mereka serba tak menjadi.

    Al kisah untuk kesenambungan cerita ini, penyokong-penyokong yang telah lama duduk di atas kerusi pelastik stadium pun "tak senang duduk" (refer "Simple Malay Proverbs", 1960) dan menjadi "panas punggung" (don't refer anywhere, this term is to be taken literally) - itu sebab beberapa buah kerusi stadium telah menjadi begitu panas dan telah mencecah "combustion point for self-ignition". Habis bertempiaran lari lah mereka-mereka yang "panas punggung" tadi kerana kerusi mereka telah menyala dengan sendirinya. Penyokong-penyokong lain yang perihatin yang duduk di barisan atas telah cuba "react to the situation" dengan melemparkan botol-botol yang masih penuh dengan air mineral - semata-mata bertujuan untuk menolong menyiram api yang marak. Malangnya, mereka tak pernah pun menjalani sebarang "target parctice" dan itulah sebabnya kebanyakkan botol-botol tersebut telah sampai ke padang dan dengan tidak disengajakan telah mencederakan penjaga garisan, pemain-pemain dan juga juru kamera yang bertugas berhampiran.

    Anih juga ya, bagi seluruh ahli pasokan Cik Siti termasuk Juru Letih nya Setia juga tetah dijanjikan pergi umrah... tapi Setia Na-dei pergi umrah dia di Sungai Gnages lah!. Walaubagaimanapun syabas kepada Pasokan Nogori Sopuloh tolak Satu yang Juru Letih nya bernama Wan Berkumpulan (hmm..pikirlah sendiri).

    ReplyDelete
  2. Bila aku baca tentang 'sorang sorang' ni teringat gak tentang satu cerita yang kawan aku dok bagitau tau. Perkataan 'sorang sorang' ni memang berhantu.
    Pada masa Melaka tengah berperang dengan portugis dulu2 maka muncul lah seorang panglima dari negeri sepuluh tolak satu ni yang memang handal dan ingat menolong kerajaan
    melaka. Olih kerana hebatnya ilmu panglima tersebut maka dia telah dilantik untuk mengetuai angkatan tersebut.Apabila sampai waktu untuk bertempur maka sipanglima pun berteriak 'sorang sorang'(serang serang).Maka
    keluarlah askar melaka ni seorang seorang untuk bertempur dangan askar2 portugis yang ramai tersebut. Habis segala askar melaka tumbang. Jadi negeri cik siti wan kembang bukanlah negeri yang pertama terkena badi perkataan 'sorang sorang' ni.Don't worry be happy. Ingatlah lain kali kalau dengar lagi perkataan tu kena hati2.

    ReplyDelete
  3. Seronok tak terhingga ler si penulis biler Nogori kelahiran dia dpt menjulang Piala selepas 61 tahun. Walaubagaimanapun tahniah ler. Bila la Penang nak menag plak.?

    ReplyDelete
  4. Dear Mat,

    Melaka kalah perang dengan Portugis bukan sebab 'sorang sorang' tapi sebab lain. Portugis bawa ramai perempuan2 mereka ikut perang jadi panglima2 melaka lupa nak berperang bila melihat perempuan2 ini. Kalau tiang lampu yang dipakaikan skirt pun mereka boleh peluk apatah lagi perempuan2 portugis yang cun2 tu..

    ReplyDelete
  5. Ni kes Jabbar dah senonok lebih ni. Takpa tahniah banyak banyak kat hang walaupun Peghelih tak ke final.

    ReplyDelete
  6. Dear All,

    Pengakuan Rostam ada benarnya apatah lagi Negeri yang nama asalnya dari pokok itu memang tempat menjalankan perniagaan. Diantara yang diniagakan dan amat lakunya adalah ubat kuat dan mujarab yang dinamakan KahLamHa yang termasyor itu, digunakan orang seluroh negeri di Negeri yang asalnya dari nama pokok itu.
    Akan demikian apabila telah ditelan, segala benda yang didepan dan dibelakang yang disyakkan pompuan akan habis dingamnya. Alkisahnya begitulah gamat dan caranya siAlfonso gunakan apabila menyerang Melaka!

    ReplyDelete
  7. Dear All,

    I wonder whats that thing called KLH used for ? Preview anyone ?

    ReplyDelete
  8. Dear MM,

    I can just tell u KLH is a wonder product of the 21st century. I will tell u its purposes when u come to kl. In fact ive reserved some for u so that u can try its effectiveness when i take u to my 'office' in mentari sunway.

    ReplyDelete
  9. Dear MM,

    Adapun ubat KafLamHa ini amatlah digemari oleh saudagar dari Benua KafLamYaNga mahupun BengGaLi. Mujarabnya, masyaAllah, hanya Rostam yang menyedari! (itupun kalau dia sedari!). Teramat teruja dan paling afdal dipakai bagi mereka yang mengkehendaki, khususnya bagi mengeratkan perhubungan lakibini. Apa kata try sekali? Berani!?

    ReplyDelete
  10. Dear All,

    This i should try but i've just had my Bypass ???

    ReplyDelete
  11. Dear MM,

    When did u have ur bypass? I had mine 8 years ago. Its alrite to try and i can assure u its wonderful..

    ReplyDelete
  12. Dear MM,
    So sorry to hear that you went for your bypass. Well, at least hangpa - you and Rostam - did have one thing in common (macam cubit paha kanan peha kiri terasa-kind of thing lah).
    Anyway, hope you have recovered well.
    Btw, awat Mail Don tak habaq kawan-kawan diKL? Rostam would have flown over to Aloq Setaq and be by your side then!
    Awat hang Mail awatttt?!

    ReplyDelete
  13. Dear All,

    Dont blame Mail, i didnt tell anybody and i had my CABG in Penang not Alor Star. It was last July.

    ReplyDelete
  14. Dear MM,

    U definitely need to be active again. Besides the normal exercises like jogging, swimming or workout at the gym u have to be sexually active too. No doubt u r now 15 years younger but one or two KLH will do no harm..

    ReplyDelete
  15. Jabbar,
    I will try to get it sent to you soonest.Are you serious?

    ReplyDelete
  16. Dear Jabar,

    U dont waste no time do ya, trus order kat Mat. By the way whois the dealer of KLH , Mat or Tam ?

    ReplyDelete
  17. Dear MM,
    You know us well we work as a team so whether
    Tam or me it is not a problem.
    Rgds.

    ReplyDelete
  18. Dear MM,

    Depa dua orang ni, the best partner ever. But Mat is actually the dealer, Tam.., ehem., the tester!!
    Tam did say, seeing is believing ma! Jom kita!

    ReplyDelete