Sunday, January 9, 2011

Tubuh unit khas ekonomi di bawah MTAB

KUALA LUMPUR 7 Jan. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini menyerahkan memorandum cadangan penubuhan Unit Perancangan, Pelaksanaan dan Pemantauan (UPB) sebagai salah satu sekretariat khas di bawah Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera (MTAB) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, cadangan itu salah satu daripada beberapa usul berkaitan kepentingan ekonomi orang Melayu dan bumiputera yang menjadi tumpuan perjuangan pertubuhan itu.

“Sekretariat UPB ini perlu setaraf Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) dalam memastikan agenda perjuangan ekonomi bumiputera tidak terbantut.

“Paling utama, kita mahu memastikan pengagihan kek ekonomi sama rata kepada orang Melayu dan bumiputera benar-benar realiti dan bukannya retorik, katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi Perkasa di sini hari ini.

Lagi ...

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0108&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm&arc=hive

------

Penubuhan UPB satu keperluan

KUALA LUMPUR 29 Dis. – Penganalisis ekonomi menyokong penubuhan Unit Perancangan Pelaksanaan dan Pemantauan Prestasi Ekonomi Bumiputera (UPB) yang dicadangkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kerana terdapat keperluan mendesak terhadap kewujudannya.

Penubuhan tersebut dilihat perlu bagi memastikan pencapaian 30 peratus ekuiti bumiputera tercapai.

Ketua Penyelidik, Akademi Kajian Syariah Mengenai Kewangan Islam (ISRA), Prof. Madya Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kewujudan unit tersebut perlu dilihat secara komprehensif dan holistik demi pembangunan ekonomi bumiputera.

“Sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) ditubuhkan pada 1971 hingga 1990, sasaran penguasaan 30 peratus ekuiti bumiputera masih tidak dicapai.

“Ia perlu direalisasikan agar bumiputera dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan kaum lain dan memastikan pembangunan ekonomi negara yang seimbang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Malaysia bagi mengulas gesaan Perkasa supaya kerajaan menubuhkan UPB yang setaraf dengan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu).

Tambah Asyraf, UPB dapat memantau pembangunan ekonomi bumiputera secara keseluruhan dan memastikan tidak timbul sebarang ketirisan dalam agenda pembangunan itu.

Sementara itu pensyarah pengurusan strategik Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia, Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, unit tersebut sepatutnya ditubuhkan lebih awal lagi.

“Ia boleh memantau dan menilai secara holistik segala agenda pembangunan bumiputera agar mencapai sasarannya. UPB akan menjadi lidah dan telinga kepada bumiputera.

“Gesaan tersebut perlu diperhalusi dan dilaksanakan agar satu bentuk pemantauan yang komprehensif dapat dibuat. Penubuhan unit ini juga dapat menghalang bumiputera daripada tercicir dalam arus transformasi negara,” ujarnya.

Tambahnya, penubuhan tersebut adalah amat baik kerana sebelum ini tiada badan yang memantau pembangunan ekonomi bumiputera secara menyeluruh.

------

Perkasa gesa kerajaan tubuh UPB


Ibrahim Ali, Abdul Rahman Abu Bakar (tiga dari kiri) dan Zubir Harun (kiri) di Prapersidangan Meja Bulat Model Ekonomi Baru di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 28 Dis. - Kerajaan digesa menubuhkan Unit Perancangan Pelaksanaan dan Pemantauan Prestasi Ekonomi Bumiputera (UPB) di bawah Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera (MTAB) bagi memastikan pencapaian 30 peratus bumiputera dalam sektor ekonomi tercapai.

Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Dr. Zubir Harun berkata, ini kerana, pihaknya mendapati Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) yang ditubuhkan kerajaan kurang memberi penekanan kepada agenda pembangunan ekonomi bumiputera.

Bagaimanapun, katanya, UPB yang dicadangkan pihaknya itu setaraf dengan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) tetapi ia lebih menjurus ke arah menilai dan memantau pembangunan ekonomi bumiputera.

"Perkasa mendapati banyak makmal untuk mengkaji agenda pembangunan ekonomi bumiputera yang dihasilkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ekonomi Melayu tidak berkesan, membuang masa, tidak strategik dan metodologinya lemah.

"Terlalu banyak makmal tidak berkesan, lebih baik disatukan di bawah satu unit (UPB) yang bertaraf seperti Pemandu bagi memastikan agenda pembangunan ekonomi bumiputera dicapai," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang turut dihadir Presiden, Datuk Ibrahim Ali dan Timbalan Presiden, Datuk Abd. Rahman Abu Bakar sempena Prapersidangan Meja Bulat Model Ekonomi Baru anjuran Perkasa di Kelab Sultan Sulaiman di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Zubir berkata, pihaknya juga mencadangkan supaya Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang akan dilantik mengetuai UPB nanti biarlah bertaraf menteri kabinet.

Selain itu, menurutnya, pihaknya turut mencadangkan MTAB meletakkan petunjuk prestasi utama (KPI) pencapaian ekonomi Melayu dalam sektor-sektor di bawah Program Transformasi Ekonomi di atas bahu menteri dan ketua-ketua agensi.

Perkasa's call redundant'

Thursday, December 30th, 2010 13:18:00

PETALING JAYA: Lawmakers are at odds with a proposal by Perkasa for the government to form a Pemandu-style special unit under the Prime Minister’s Department to protect Bumiputeras interests.

The 'Bumiputera Pemandu' would support the role played by the Bumiputera Agenda Supreme Council as announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak during the Umno General Assembly two months ago, said Perkasa economic bureau chief Dr Zubir Harun, describing Pemandu to be effective but lacking a Bumiputera agenda.

MINISTER IN THE PRIME MINISTER'S DEPARTMENT, UMNO INFORMATION CHIEF AND PONTIAN MP DATUK AHMAD MASLAN:
“Anything the government does is for all Malaysians and also for the Malay community since two-thirds of the population are Bumiputeras. While non-bumiputeras are holding the economic power, we never push them aside. They are able to conduct businesses with no constraint and to seek a better life. At the moment, it’s important for Bumiputeras to learn from the Chinese on how to run businesses effectively and learn willpower from the Indian friends. The 1Malaysia spirit must also be instilled in this sense. I feel the suggestion by Perkasa is redundant.”

More..http://www.mmail.com.my/content/59398-perkasas-call-redundant